Pra-Pensijilan

Langkah pertama
bersama MySTI

Serlahkan barangan dan perkhidmatan hasil R&D dan inovasi anda di platform yang terbaik dengan hanya tiga (3) langkah. Perlukan maklumat lanjut? Tatal ke bawah (scroll down) untuk jawapan kepada semua soalan anda.

Langkah 1

Sahkan kriteria

Permohonan penandaan logo barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan (MySTI) terbuka kepada semua Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Persatuan yang berdaftar di Malaysia dengan pihak berkuasa berkenaan.

  • check
    Barangan dan perkhidmatan dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan.
  • check
    Barangan atau perkhidmatan sedia untuk dikomersialkan.
Soalan Lazim

Kriteria MySTI

Apakah maksud Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) merujuk kepada siasatan awal atau kerja-kerja kreatif dan sistematik yang dijalankan untuk memperoleh pengetahuan baharu berkaitan sains, teknologi, kemanusiaan, kebudayaan dan kemasyarakatan; serta untuk mengguna pakai pengetahuan yang sedia ada dalam aplikasi baharu bagi tujuan pengeluaran atau penambahbaikan bahan, alat, produk, hasil atau proses.
Apakah maksud aktiviti R&D tempatan?
Barangan atau perkhidmatan hendaklah dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan dengan sekurang-kurangnya satu komponen difailkan atau didaftarkan di bawah perlindungan  Harta Intelek atau dibangunkan oleh sekurang-kurangnya satu (1) entiti atau seorang individu warganegara Malaysia yang perlu dibuktikan melalui dokumen berikut:

i) Perakuan Pemfailan atau Perakuan Pendaftaran Harta Intelek seperti Paten, Pembaharuan Utiliti, Rekabentuk Perindustrian, Hak Cipta, Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu atau Cap Dagangan daripada MyIPO; dan/atau

ii) Perjanjian Perlesenan atau Perjanjian Perkongsian yang sah dengan pemilik Harta Intelek.

Bagi barangan atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan tetapi tidak mempunyai Perakuan Pemfailan, Perakuan Pendaftaran atau Perjanjian Perlesenan Harta Intelek, pemohon perlu melengkapkan Borang Pendedahan Ciptaan seperti di Lampiran A. Barangan atau perkhidmatan hendaklah dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan yang dibangunkan oleh sekurang-kurangnya satu (1) entiti atau seorang individu warganegara Malaysia.
Langkah 2

Pensijilan MySTI

Sekiranya anda pasti anda telah memenuhi kriteria yang ditetapkan, anda boleh memulakan proses pensijilan dengan empat (4) langkah

  • check
    Permohonan diterima dan direkodkan
  • check
    Semakan permohonan
  • check
    Permohonan diluluskan
  • check
    Kelulusan penggunaan Logo MySTI
Soalan Lazim

Pensijilan MySTI

Apakah dokumen sokongan yang perlu disertakan?
Pemohon perlu melengkapkan permohonan melalui www.mysti.gov.my dan menyertakan dokumen sokongan seperti berikut:

1. Maklumat pendaftaran Syarikat/ Perniagaan/ Pertubuhan/ Koperasi/ Persatuan daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau badan-badan berdaftar yang lain.

2. Bukti Perakuan Pemfailan atau Perakuan Pendaftaran Harta Intelek yang dikeluarkan oleh MyIPO atau dokumen pengesahan Rahsia Dagangan (Trade Secret) daripada pihak pemunya.

3. Perjanjian Perlesenan Harta Intelek atau Perjanjian Perkongsian yang masih dalam tempoh sah sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh permohonan MySTI. Pemohon bertanggungjawab untuk memastikan status pemfailan masih aktif dan/atau status pendaftaran Harta Intelek tidak tertunggak.

4. Borang Pendedahan Ciptaan (Invention Disclosure Form). Format universiti boleh diterima pakai.

5. Salinan dokumen pengesahan, pengiktirafan, pensijilan atau akreditasi berkaitan kandungan, fungsi, keberkesanan, keselamatan dan lain-lain aspek berkaitan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi berkuatkuasa atau badan-badan pensijilan yang diiktiraf dalam format pdf (sekiranya ada).

6. Gambar atau ilustrasi barangan dan perkhidmatan yang jelas dengan resolusi tinggi, 800 x 600px dalam format jpeg atau png.
Berapakah yuran permohonan penandaan logo dan sijil MySTI?
Yuran permohonan penandaan logo dan sijil MySTI akan dikenakan untuk setiap permohonan. Walau bagaimanapun, untuk fasa rintis, yuran permohonan adalah PERCUMA.
Berapa lamakah tempoh sah penandaan logo dan pensijilan?
1. Kelulusan penandaan logo dan pensijilan MySTI adalah sah untuk tempoh tiga (3) tahun, tertakluk kepada tempoh sah status Pemfailan, Pendaftaran Harta Intelek dan/atau Perjanjian Perlesenan atau Perjanjian Perkongsian.

2. Pemohon hendaklah memastikan status Pemfailan masih aktif atau memperbaharui Pendaftaran Harta Intelek dan Perjanjian Perlesenan sepanjang tempoh sah penandaan logo dan pensijilan MySTI.
Adakah sijil MySTI ini boleh dipindah milik?
Kelayakan atau kelulusan MySTI tidak boleh diniagakan, dipindah milik atau dipinda isi kandungannya.
Di manakah saya boleh menggunakan logo MySTI?
Hanya pemohon yang mendapat kelulusan  penandaan logo dan pensijilan MySTI dibenarkan untuk menggunakan logo MySTI pada pembungkusan dan bahan promosi (contohnya laman  sesawang, bunting, poster dan media sosial) bagi setiap bahan, barangan, perkhidmatan atau proses hasil R&D tempatan yang diluluskan, tertakluk kepada tempoh sah kelulusan MySTI dan spesifikasi yang ditetapkan.
Langkah 3

Inventori barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan

Tahniah atas penandaan logo MySTI anda! Kini anda tersenarai dalam inventori MySTI yang menawarkan:

  • check
    Peluang dalam perolehan kerajaan
  • check
    Manfaat pengiklanan dan promosi bersama MySTI
Soalan Lazim

Inventori MySTI

Bagaimanakah barangan dan perkhidmatan saya boleh disenaraikan dalam inventori MySTI?
Hanya pemohon yang mendapat kelulusan penandaan logo dan pensijilan MySTI akan disenaraikan dalam inventori MySTI
Berapa lamakah produk yang mendapat kelulusan akan disenaraikan dalam laman sesawang MySTI?
1. Kelulusan penandaan logo dan pensijilan MySTI adalah sah untuk tempoh tiga (3) tahun, tertakluk kepada tempoh sah status Pemfailan, Pendaftaran Harta Intelek dan/atau Perjanjian Perlesenan atau Perjanjian Perkongsian.

2. Pemohon hendaklah memastikan status Pemfailan masih aktif atau memperbaharui Pendaftaran Harta Intelek dan Perjanjian Perlesenan sepanjang tempoh sah penandaan logo dan pensijilan MySTI.
Bagaimanakah transaksi perolehan kerajaan boleh dibuat untuk barangan dan perkhidmatan MySTI
Pemohon perlu turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah sistem ePerolehan, tertakluk kepada permintaan Kementerian / Jabatan. Tatacara perolehan barangan dan perkhidmatan MySTI boleh dirujuk di sini.
Adakah barangan dan perkhidmatan MySTI hanya boleh diurusniagakan dalam perolehan kerajaan ?
Pemohon perlu turut berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah sistem ePerolehan, tertakluk kepada permintaan Kementerian / Jabatan. Tatacara perolehan barangan dan perkhidmatan MySTI boleh dirujuk di sini.

Klik di sini untuk memulakan proses permohonan MySTI anda.