Pengenalan

MySTI akan meningkatkan daya cipta serta daya saing teknologi dan inovasi Malaysia

Kerajaan sentiasa komited dalam membangunkan industri tempatan yang dipacu oleh STI, khususnya dalam usaha memulihkan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.

Pengenalan program MySTI ini akan memberikan impak berganda kepada usaha pemulihan ekonomi negara melalui penyediaan peluang pekerjaan baharu, meningkatkan keupayaan syarikat serta industri berasaskan teknologi tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada barangan import, dan sekaligus akan menambah baik kedudukan imbangan dagangan negara.

Apakah program MySTI?

Program MySTI adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk memperkasakan lagi aktiviti pengkomersialan serta pemasaran teknologi dan inovasi tempatan. Barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan melalui aktiviti R&D tempatan boleh dikenal pasti melalui penandaan logo MySTI. Barangan dan perkhidmatan yang memperolehi logo dan sijil MySTI akan diberikan keutamaan dalam perolehan Kerajaan.

MySTI menyediakan platform inklusif yang menghubungkan antara Kerajaan,  penyelidik,  pemilik produk/teknologi,  teknopreneur,  bakal pembeli, bakal pelabur, rakan kerjasama dan rakyat. Inventori MySTI akan  menghimpunkan  barangan  dan  perkhidmatan hasil R&D tempatan yang telah diiktiraf dan bersedia untuk dikomersialkan.

Apakah peranan utama MySTI?

1. Sebagai medium untuk pemohon yang layak mengemukakan permohonan penandaan logo dan sijil bagi barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan daripada aktiviti R&D tempatan;

2. Sebagai pangkalan data bagi menghimpunkan barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan yang diluluskan dengan logo dan sijil MySTI; dan

3. Sebagai rujukan untuk melaksanakan program Perolehan Kerajaan bagi barangan dan perkhidmatan hasil R&D tempatan.

Bagaimana MySTI mampu memberi impak kepada produk saya?

Secara  keseluruhan,  inisiatif  MySTI ini akan dapat:

1. Meningkatkan kadar keterlihatan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan melalui R&D tempatan di pasaran.

2. Memberi akses pasaran, khususnya dalam perolehan Kerajaan

3. Produk anda akan turut diuar-uarkan dalam kempen penggunaan barangan dan perkhidmatan R&D tempatan.

4. Syarikat anda berpeluang untuk berkembang dan boleh menarik minat pelabur melalui rekod pelaksanaan dan prestasi kontrak Kerajaan

Pertanyaan Lanjut? Hubungi MySTI

Pihak kami bersedia untuk membantu anda. Hantar mesej kepada kami dan jawapan akan diberikan kepada Anda.

Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.

*MySTI komited kepada perlindungan data peribadi anda dan mematuhi PDPA 2010. Jika anda mempunyai soalan atau komen mengenai pentadbiran data peribadi MySTI, sila hubungi kami di +603 8998 2020.

Dengan penyerahan permohonan ini, anda dengan ini bersetuju bahawa MySTI boleh mengumpul, mendapatkan, menyimpan dan memproses data peribadi yang anda berikan dalam borang ini untuk tujuan pensijilan MySTI semata-mata.

Anda dengan ini memberi persetujuan kepada MySTI untuk

1. Maklumat peribadi untuk menentukan identiti anda termasuk nama penuh, pasport atau nombor kad pengenalan, dan kewarganegaraan anda.

2. Simpan dan proses data peribadi anda.

3. Berikan Data Peribadi anda kepada pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan atau pihak ketiga jika dikehendaki oleh undang-undang atau untuk tujuan undang-undang. Data Peribadi merangkumi semua data yang ditakrifkan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010