R.A. BARN ialah penyelesaian inovatif bagi perumahan kambing modular yang dibangunkan menggunakan bahan aloi AA6063-T5 dan lantai plastik lembut untuk kegunaan ternakan bagi memastikan ketahanan, rintangan kakisan, dan prestasi jangka panjang. Reka bentuknya mengadaptasi konsep modular dan boleh disesuaikan, membolehkan penternak mengembangkan atau mengubah suai struktur perumahan dengan mudah mengikut bilangan ternakan dan struktur tanah tapak ternakan, sekali gus mengurangkan kos infrastruktur keseluruhan.
Produk ini juga turut mengintegrasikan sistem pemantauan dan kawalan berasaskan IoT untuk meningkatkan kecekapan pengurusan ternakan. Sensor masa nyata dipasang untuk memantau suhu, kelembapan, dan tahap ammonia, manakala sistem pembersihan automatik memastikan kebersihan dalam perumahan . Penternak boleh mengakses data secara langsung dan mengawal keadaan persekitaran dari jauh melalui aplikasi mudah alih, memberikan kemudahan dan mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual.
Penyelesaian ini bukan sahaja meningkatkan kebajikan haiwan dengan menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan bersih, malah menyokong penternakan lestari dengan meminimumkan risiko penyakit dan mengoptimumkan sumber ladang. Sasaran utama produk ini adalah penternak kambing berskala kecil hingga sederhana, pengusaha ternakan komersial, dan koperasi pertanian yang mencari infrastruktur penternakan moden, cekap, dan boleh diskalakan.











