Agriculture
Environmental and Green Technology
MySTI Certified
STI202501532

R.A BARN with IoT Integration (Pakej Super Premium)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)

R.A. BARN merupakan penyelesaian inovatif bagi perumahan kambing modular yang dibangunkan menggunakan aloi aluminium AA6063-T5 dan lantai plastik khas ternakan bagi memastikan ketahanan struktur, rintangan kakisan, serta prestasi jangka panjang. Reka bentuk modular dan boleh disesuaikan membolehkan penternak mengembangkan atau mengubah suai susun atur kandang dengan mudah mengikut bilangan ternakan dan keadaan tapak, sekali gus mengurangkan kos infrastruktur secara berperingkat. Bagi Pakej Super Premium, R.A. BARN dilengkapi dengan sistem pemantauan dan kawalan berasaskan IoT yang menyeluruh. Sensor masa nyata digunakan untuk memantau suhu, kelembapan, dan tahap ammonia, manakala sistem pembersihan automatik membantu mengekalkan kebersihan kandang secara konsisten. Semua data boleh diakses dan dikawal dari jauh melalui aplikasi mudah alih, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual. Selain itu, sistem pengurusan sisa bersepadu membolehkan sisa ternakan yang disalirkan ke tangki drainage diasingkan kepada komponen separa pepejal dan cecair. Sisa separa pepejal boleh dikumpulkan sebagai baja organik, manakala air sisa dipam dan disalurkan ke kawasan pastura. Secara keseluruhan, R.A. BARN Pakej Super Premium menyokong kebajikan haiwan, pengurusan sisa lestari, dan penternakan moden yang cekap serta boleh diskalakan.

SSM Registration Number
P.U. (A) 148.
ePerolehan Number
Indicative Price
MYR 16,000.00
Company Email Address
rmic@unisza.edu.my
No items found.

Recommended Market Segment

Use Cases

Unique Selling Proposition

star

Reka Bentuk Modular dan Pelbagai

Struktur perumahan ini direka bentuk secara modular, membolehkan di besarkan dan penyesuaian yang mudah mengikut saiz ternakan. Penternak boleh menambah atau menyusun semula unit tanpa memerlukan kos pembinaan yang tinggi, menjadikannya fleksibel dan bersedia untuk keperluan masa hadapan.

star

Bahan Tahan Lasak dan Kakisan

Dibangun menggunakan bahan aloi AA6063-T5 dan plastik khusus ternakan, struktur ini menawarkan ketahanan tinggi dan rintangan terhadap kakisan. Ciri ini memastikan penggunaan jangka panjang dengan penyelenggaraan minimum, sekali gus mengatasi prestasi perumahan kambing tradisional yang diperbuat daripada kayu atau logam biasa.

star

Pemantau Pintar Menggunakan IoT

Dilengkapi dengan sensor masa nyata untuk memantau suhu, kelembapan, dan tahap ammonia, sistem ini membolehkan penternak menerima data serta-merta melalui aplikasi mudah alih. Fungsi pembersihan automatik turut meningkatkan tahap kebersihan dan kebajikan haiwan ternakan.

star

Peningkatan Kebajikan Ternakan dan Produktiviti

Mengekalkan keadaan kandang yang optimum dan mengurangkan pendedahan kepada gas amonia berbahaya, penyelesaian ini menyokong kesihatan ternakan yang lebih baik. Ini secara langsung menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan pengurangan kerugian akibat penyakit.

star

Penerimaa Pasaran Terbukti

Penyelesaian ini telah berjaya dikomersialkan dengan penerimaan daripada JPV Putrajaya dan TADC Terengganu dan diperluaskan di bawah geran MySI. Penerimaan awal ini membuktikan kesesuaian produk R.A BARN di pasaran dan membina keyakinan dalam kalangan pelanggan masa hadapan.

star