Inventory

Search
search
Categories
Clear

R.A BARN with IoT Integration (Pakej Standard)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
STI202501842

R.A. BARN ialah penyelesaian inovatif bagi perumahan kambing modular yang dibangunkan menggunakan bahan aloi aluminium AA6063-T5 serta lantai plastik khas untuk kegunaan ternakan bagi memastikan ketahanan struktur, rintangan kakisan, dan prestasi jangka panjang. Reka bentuk modular dan boleh disesuaikan membolehkan penternak mengembangkan atau mengubah suai susun atur perumahan dengan mudah mengikut bilangan ternakan dan keadaan tapak, sekali gus membantu mengurangkan kos infrastruktur keseluruhan. Bagi Pakej Standard, R.A. BARN dilengkapi dengan sistem pemantauan persekitaran berasaskan IoT yang membolehkan pemantauan masa nyata terhadap parameter penting seperti suhu, kelembapan, dan tahap ammonia dalam kandang. Walau bagaimanapun, sistem pembersihan automatik tidak disertakan; kebersihan tinja dikekalkan melalui reka bentuk lantai plastik khas dan aliran sisa berasaskan graviti yang menyokong proses pembersihan manual yang lebih mudah dan berkesan. Melalui gabungan pemantauan pintar dan reka bentuk kebersihan pasif, R.A. BARN Pakej Standard membantu mengekalkan persekitaran kandang yang lebih terkawal dan selesa, sekali gus menyokong kebajikan haiwan serta mengurangkan risiko penyakit. Produk ini sesuai untuk penternak kambing berskala kecil hingga sederhana dan pengusaha ternakan komersial yang memerlukan sistem perumahan moden, praktikal, dan boleh diskalakan tanpa kebergantungan penuh kepada automasi pembersihan.

true

R.A BARN with IoT Integration (Pakej Asas)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
STI202501841

R.A. BARN merupakan penyelesaian inovatif bagi perumahan kambing modular yang dibangunkan menggunakan struktur aloi aluminium AA6063-T5 serta lantai plastik lembut khusus untuk ternakan. Pemilihan bahan ini bagi memastikan ketahanan struktur, rintangan kakisan, dan prestasi jangka panjang dalam persekitaran ladang yang mencabar. Bagi pakej asas, dinding perumahan menggunakan bahan besi tergalvani yang tahan cuaca dan sesuai untuk kegunaan luar. Reka bentuk R.A. BARN mengadaptasi konsep modular dan boleh disesuaikan, membolehkan penternak menambah, mengurangkan, atau mengubah suai konfigurasi perumahan dengan mudah mengikut bilangan ternakan serta keadaan tapak ladang. Pendekatan ini membantu mengurangkan kos infrastruktur keseluruhan dan memudahkan proses pemasangan serta penyelenggaraan. Penyelesaian ini memberi tumpuan kepada penyediaan persekitaran ternakan yang bersih, selamat, dan praktikal, seterusnya menyokong kebajikan haiwan dan amalan penternakan yang lebih lestari dengan mengurangkan risiko penyakit serta kebergantungan kepada kerja manual yang intensif. Sasaran utama produk ini ialah penternak kambing berskala kecil hingga sederhana, pengusaha ternakan komersial, dan koperasi pertanian yang memerlukan sistem perumahan moden, kukuh, bersih dan boleh diskalakan pada kos yang berpatutan.

true

R.A BARN with IoT Integration (Pakej Premium)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
STI202501843

R.A. BARN ialah penyelesaian inovatif bagi perumahan kambing modular yang dibangunkan menggunakan bahan aloi AA6063-T5 dan lantai plastik lembut untuk kegunaan ternakan bagi memastikan ketahanan, rintangan kakisan, dan prestasi jangka panjang. Reka bentuknya mengadaptasi konsep modular dan boleh disesuaikan, membolehkan penternak mengembangkan atau mengubah suai struktur perumahan dengan mudah mengikut bilangan ternakan dan struktur tanah tapak ternakan, sekali gus mengurangkan kos infrastruktur keseluruhan. Produk ini juga turut mengintegrasikan sistem pemantauan dan kawalan berasaskan IoT untuk meningkatkan kecekapan pengurusan ternakan. Sensor masa nyata dipasang untuk memantau suhu, kelembapan, dan tahap ammonia, manakala sistem pembersihan automatik memastikan kebersihan dalam perumahan . Penternak boleh mengakses data secara langsung dan mengawal keadaan persekitaran dari jauh melalui aplikasi mudah alih, memberikan kemudahan dan mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual. Penyelesaian ini bukan sahaja meningkatkan kebajikan haiwan dengan menyediakan persekitaran yang lebih sihat dan bersih, malah menyokong penternakan lestari dengan meminimumkan risiko penyakit dan mengoptimumkan sumber ladang. Sasaran utama produk ini adalah penternak kambing berskala kecil hingga sederhana, pengusaha ternakan komersial, dan koperasi pertanian yang mencari infrastruktur penternakan moden, cekap, dan boleh diskalakan.

true

R.A BARN with IoT Integration (Pakej Super Premium)

UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA)
STI202501532

R.A. BARN merupakan penyelesaian inovatif bagi perumahan kambing modular yang dibangunkan menggunakan aloi aluminium AA6063-T5 dan lantai plastik khas ternakan bagi memastikan ketahanan struktur, rintangan kakisan, serta prestasi jangka panjang. Reka bentuk modular dan boleh disesuaikan membolehkan penternak mengembangkan atau mengubah suai susun atur kandang dengan mudah mengikut bilangan ternakan dan keadaan tapak, sekali gus mengurangkan kos infrastruktur secara berperingkat. Bagi Pakej Super Premium, R.A. BARN dilengkapi dengan sistem pemantauan dan kawalan berasaskan IoT yang menyeluruh. Sensor masa nyata digunakan untuk memantau suhu, kelembapan, dan tahap ammonia, manakala sistem pembersihan automatik membantu mengekalkan kebersihan kandang secara konsisten. Semua data boleh diakses dan dikawal dari jauh melalui aplikasi mudah alih, sekali gus meningkatkan kecekapan pengurusan dan mengurangkan kebergantungan kepada kerja manual. Selain itu, sistem pengurusan sisa bersepadu membolehkan sisa ternakan yang disalirkan ke tangki drainage diasingkan kepada komponen separa pepejal dan cecair. Sisa separa pepejal boleh dikumpulkan sebagai baja organik, manakala air sisa dipam dan disalurkan ke kawasan pastura. Secara keseluruhan, R.A. BARN Pakej Super Premium menyokong kebajikan haiwan, pengurusan sisa lestari, dan penternakan moden yang cekap serta boleh diskalakan.

true

Teros-Attendance App

Artemis Riddhi Technology
STI202501631

Centralise the attendance, patrolling and incident reporting for security industry. Records are in real time. Multiple level of transparency

true

Digital NOSS Development System

CENTRE OF EXCELLENCE FOR EXTENDED REALITY TECHNOLOGY SDN BHD
STI202501531

The Digital NOSS Development System is an AI-powered platform that transforms the way National Occupational Skills Standards (NOSS) are developed in Malaysia. Traditionally, NOSS creation has been a manual, time-consuming, and fragmented process requiring multiple stakeholder reviews. This system introduces a digital-first approach, making the process 70% faster and 85% more consistent across standards. Key features include: AI-powered generation of Competency Units (CU) and Competency of Competency Units (CoCu). DACUM Board & AI Extractor that maps duties and tasks directly to MASCO/MSIC classifications. Labour Market Radar to identify skill gaps through analysis of job postings, industry reports, and global standards. CU Writer & CoCu Generator with bilingual (BM/EN) capability and built-in quality control. The solution benefits government agencies, training institutions, and industries by shortening development cycles from months to weeks, improving quality assurance, and ensuring alignment with emerging workforce demands. Its end-to-end workflow covers needs analysis, occupational structuring, CU development, validation, and stakeholder approval, providing a seamless and collaborative ecosystem. Target audiences include Department of Skills Development (JPK), HRDCorp, TVET institutions, universities, and industry councils that require rapid, industry-aligned standards development. With full compliance to MASCO/MSIC and international frameworks, this solution positions Malaysia as a global leader in digital standards innovation.

true
Thank you! Your submission has been received!
Oops! Something went wrong while submitting the form.
> >