YB Dato’ Hajjah Hanifah Hajar Taib, Timbalan Menteri Ekonomi, diiringi oleh YBrs. Puan Norsham Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI, telah meluangkan masa melawat reruai MySTI pada Rabu, 19 November 2025, sempena VentureTECH Innovation Forum and Exhibition 2025 (VIFE 2025) di Sime Darby Convention Centre.
Penglibatan MySTI dalam VIFE 2025 membolehkan inovasi yang dipamerkan diperkukuh melalui pensijilan MySTI, sekali gus mempercepatkan kemasukan produk inovasi tempatan ke pasaran. Kolaborasi ini bukan sahaja membuka peluang pengkomersialan yang lebih luas kepada syarikat Bumiputera, malah menyokong agenda nasional dalam memacu pertumbuhan sektor High Growth, High Value (HGHV) selaras dengan aspirasi PuTERA35 dan RMK-13.