Sistem e-LogBook oleh KATSANA® dibangunkan berdasarkan keperluan-keperluan dan peraturan-peraturan mengenai Pengurusan Kenderaan Kerajaan termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (WP 4.1/2013) dan KEW.362/AM 362.
Sistem e-Logbook membolehkan Ketua Jabatan dan Pegawai Kenderaan memantau sepenuhnya hal-hal tadbir urus Kenderaan Kerajaan dari segi Perolehan, Pengagihan, Penjadualan, Penyenggaraan, Pembersihan, Pemeriksaan dan Pelupusan.
Selain dari pengurusan aset kenderaan, sistem e-Logbook ini membolehkan Pegawai Kenderaan memantau dan merekod penggunaan Kad Sistem Bayaran Tanpa Tol, SmartTag dan Kad Inden.
Melalui pendigitalan Buku Log Kenderaan menggunakan sistem e-LogBook, operasi penjadualan dan tempahan Kenderaan Jabatan boleh dibuat di atas talian tanpa sebarang penggunaan kertas. Rekod-rekod tempahan, penggunaan kenderaan dan resit-resit bahan api dan sebagainya akan disimpan dan diurus secara digital.
Walaupun data dan cara kerja telah didigitalkan, Ketua Jabatan dan Pegawai Kenderaan masih boleh memuat-turun laporan Buku Log Kenderaan dan Buku Log Pemandu dalam bentuk KEW.362/AM 362.
Laporan-laporan dalam Sistem e-LogBook memudahkan tanggungjawab Ketua Jabatan dan Pegawai Kenderaan dalam pemantauan, mengenalpasti salah guna, merekod dan mengesahkan transaksi, dan seterusnya mengurangkan kos pengurusan Kenderaan Kerajaan.











