Tentang MySTI

MySTI merupakan inisiatif nasional di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kewangan (MOF) bagi meningkatkan penggunaan produk dan perkhidmatan hasil R&D tempatan, di samping membina keyakinan pasaran terhadap inovasi negara. Inisiatif ini selari dengan aspirasi DSTIN, Ekonomi Madani, RDICE dan RMK-13 dalam memperkukuh ekosistem inovasi dan pengkomersialan negara.

Dilancarkan secara rintis pada Jun 2023 selama dua (2) tahun, MySTI telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada penyelidik dan syarikat berasaskan inovasi. Dengan tamatnya tempoh rintis, program ini diteruskan sebagai inisiatif berterusan.

Inventori MySTI kini berfungsi sebagai pangkalan data yang memudahkan carian serta menjadi rujukan utama bagi kementerian, agensi dan sektor swasta untuk tujuan perolehan.

Selain itu, ia turut bertindak sebagai pusat pelaporan bersepadu yang diintegrasikan dengan Inventori MySTI, bagi memudahkan proses pelaporan, pemantauan dan analisis penggunaan produk MySTI oleh sektor awam.

Misi MySTI

Inovasi R&D Tempatan

Memartabatkan ekosistem hasil R&D tempatan menerusi pengiktirafan MySTI yang menjamin kredibiliti inovasi sebagai aset nasional berprestasi tinggi.

Pangkalan Data Perolehan Kerajaan

Membuka laluan komersial eksklusif menerusi platform rujukan rasmi yang menawarkan akses keutamaan dalam Perolehan Kerajaan serta padanan pasaran yang strategik.