ZPatrol ialah platform operasi pengawal keselamatan yang menggabungkan rondaan scan NFC, kehadiran berasaskan geofence dan selfie, pemantauan GPS semasa rondaan, pengurusan insiden/SOS serta pelaporan dalam satu sistem.
Penyelesaian dibangunkan secara
offline-first supaya aktiviti teras rondaan boleh direkodkan pada peranti walaupun sambungan
Internet lemah, kemudian disegerakkan secara automatik apabila talian tersedia.
Setiap scan checkpoint boleh dikaitkan dengan pengguna, sesi, masa dan lokasi operasi untuk membentuk rekod yang lebih mudah diaudit. ZPatrol turut menyokong hierarki Syarikat kepada banyak sekolah/lokasi, membolehkan pentadbiran syarikat menjana laporan bagi lokasi di bawah skop yang sama manakala pengawal dan penyelia kekal pada lokasi operasi masing-masing.
Modul kehadiran menyimpan koordinat, ketepatan GPS, jarak daripada geofence dan selfie bagi menyokong semakan pengurusan. Pusat Pemantauan menyediakan status rondaan, checkpoint, lokasi GPS, insiden, SOS dan kehadiran.
Sistem juga menjana laporan PKK 2, PKK 3 dan PKK 4 (Laporan yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan) berasaskan data operasi sebenar. ZPatrol dibina menggunakan Flutter, Cloudflare Workers, Cloudflare D1 dan integrasi AI bantuan verifikasi imej.











