ZPatrol - Sistem Pengurusan Rondaan, Kehadiran dan Pemantauan Pengawal Keselamatan

Information Technology (IT) and Business Process Outsourcing (BPO) Security Electrical and Electronics Z LIGHTING & TECHNOLOGY

About

ZPatrol ialah platform operasi pengawal keselamatan yang menggabungkan rondaan scan NFC, kehadiran berasaskan geofence dan selfie, pemantauan GPS semasa rondaan, pengurusan insiden/SOS serta pelaporan dalam satu sistem.

Penyelesaian dibangunkan secara
offline-first supaya aktiviti teras rondaan boleh direkodkan pada peranti walaupun sambungan
Internet lemah, kemudian disegerakkan secara automatik apabila talian tersedia.

Setiap scan checkpoint boleh dikaitkan dengan pengguna, sesi, masa dan lokasi operasi untuk membentuk rekod yang lebih mudah diaudit. ZPatrol turut menyokong hierarki Syarikat kepada banyak sekolah/lokasi, membolehkan pentadbiran syarikat menjana laporan bagi lokasi di bawah skop yang sama manakala pengawal dan penyelia kekal pada lokasi operasi masing-masing.

Modul kehadiran menyimpan koordinat, ketepatan GPS, jarak daripada geofence dan selfie bagi menyokong semakan pengurusan. Pusat Pemantauan menyediakan status rondaan, checkpoint, lokasi GPS, insiden, SOS dan kehadiran.

Sistem juga menjana laporan PKK 2, PKK 3 dan PKK 4 (Laporan yang diperlukan oleh Kementerian Pendidikan) berasaskan data operasi sebenar. ZPatrol dibina menggunakan Flutter, Cloudflare Workers, Cloudflare D1 dan integrasi AI bantuan verifikasi imej.

Certification

MySTI Logo
MySTI Certified
STI202602706

Indicative Price

RM 899.00

SSM Registration Number AS0422200-T
ePerolehan Number eP-0206F007N

Unique Selling Proposition

Rondaan Offline-First Dengan Auto-Sync

ZPatrol direka dengan aliran kerja local-first: scan checkpoint, mula/tamat rondaan, insiden dan SOS
boleh disimpan pada peranti tanpa menunggu setiap permintaan Internet berjaya. Apabila talian Internet pulih, enjin auto-sync menghantar rekod ke backend menggunakan identifier event untuk mengurangkan risiko duplikasi. Pendekatan ini membolehkan rondaan terus berjalan di kawasan liputan lemah.

Pentadbiran Syarikat Pelbagai Lokasi

ZPatrol mempunyai hierarki data Syarikat → banyak Sekolah/Lokasi. Pengguna Administration boleh beroperasi pada skop syarikat dan memilih lokasi di bawah syarikat yang sama untuk menjana laporan, manakala Patrol dan Supervisor kekal pada lokasi yang ditetapkan. Struktur ini
sesuai untuk kontrak keselamatan berskala besar tanpa menggandakan data syarikat.

Data Operasi Boleh Diaudit

Setiap operasi boleh membentuk pelbagai data operasi melalui NFC checkpoint, identiti pengguna, timestamp, GPS, geofence, selfie dan sejarah aktiviti. Validasi sensitif dilakukan di backend, bukan hanya melalui paparan aplikasi. Data yang sama digunakan semula untuk Pusat Pemantauan, sejarah dan laporan, menjadikan audit operasi lebih konsisten dan telus.

Z LIGHTING & TECHNOLOGY

Location Lot 2, bgn kedai mdy, pekan teroi,Jalan yan, 08800 gurun, kedah, 08800, Gurun, Kedah, Malaysia